Wednesday 24 April 2024

PERKHIDMATAN ETS SEHINGG KE STESEN SEGAMAT

 
Mulai 1 Julai 2024, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad bakal beroperasi melibatkan laluan Padang Besar hingga ke Segamat dan sebaliknya.
 
Pengoprasian ETS dari utara sehingg ke Johor diharapkan memberi manfaat kepda rakyat untuk menggunakan perkhidmatan yang lebih selamat, cekap dan selesa.
 
Selepas Segamat, operasi ETS akan dilanjutkan sehingga ke JB Sentral apabila Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (LBSTE) bersedia beroperasi. LBSTE Gemas-JB sepanjang 192 km akan mempunyai 11 hentian yang melalui empat daerah utama Johor termasuk Segamat, Kluang, Kulai sebelum berakhir di stesen JB Sentral di Johor Bahru.
 
Perkhidmatan ETS sehingga JB Sentral dijangka boleh digunakan sepenuhnya pada April 2025, sekali gus membolehkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dihubungkan dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor.
 
Apabila ETS beropersi sehingga JB Sentral, dengan kelajuan 140 kilometer sejam dan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral adalah tiga jam 30 minit.
 
Perkhidmatan EST adalah mod pengangkutan yang popular dan menjadi pilihan di mana-mana laluan perkhidmatan ini disediakan.