Thursday 31 March 2016

Punca masalah tenaga lelaki kurang

Kekuatan tenaga lelaki menurun seiring dengan peningkatan umur, tetapi bukan faktor mutlak. Terdapat lelaki sudah lemah tenaga seawal usia 30 an. Keadaan itu dikenali lemah tenaga batin atau mati pucuk. Ada juga lelaki masih mengekalkan tenaga kelelakian biarpun usia telah melepasi 70 an.

Masalah mati pucuk pada usia muda atau pertengahan berpunca dari banyak sebab. Masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis banyak jadi punca masalah tenaga lelaki. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang tidur, tekanan perasaan, kurang rehat dan kurang mengambil pemakanan berzat juga punca kemerosotan tenaga batin.

Untuk kembali bertenaga, amalkan cara hidup sihat. Amal bersukan dan elak memakan makanan boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Kawal makan untuk mengelak kegemukan.

Ketika usia semakin meningkat, utamakan pengambilan makan berzat atau pemakanan tambahan. Ambil pil atau minuman mengandungi herba untuk meningkatkan tenaga kelelakian. 
 
Namun, jangan terpengaruh dengan ubat kuat menjanjikan kuasa hebat yang dicampur dengan barang terlarang boleh mendatangkan bahaya sehingga ada menyebabkan maut.

Pergi jumpa doktor sakit tuan dan bincang cara untuk mengubatinya. Banyak cara selamat boleh dilakukan untuk memulih tenaga batin. Kosnya berbaloi dan tidak melibatkan prosedur rumit. Hidup kembali ceria dan bermakna.

Usaha rawatan lemah tenaga batin banyak berjaya. Pesakit lemah tenaga batin boleh kembali normal selepas mendapat rawatan. Bahkan ada yang mengalami pengalaman prestasi tenaga kelelakian terbaik sepanjang hidup yang telah dilalui. 

Dengan kata lain, peluang sembuh dan kembali bertenaga masih terbuka kepada mereka mengalami masalah tenaga lelaki. Apa yang penting ialah dapatkan rawatan sewajarnya. Jangan mudah menekan butang panik apabila berdepan situasi lemah kuasa kelelakian.

Dalam menangani soal lemah tenaga batin jangan terlalu tertekan. Terima seadanya apa yang dialami. Sedarlah hakikat keadaan tubuh semakin lemah disebabkan pelbagai penyakit. 
 
Jangan fikir kehendak masih ikut nafsu muda, sedangkan umur semakin meningkat.  

No comments:

Post a Comment