Sunday 14 January 2018

SEMAK CERITA SEBELUM TULAR

Individu di media sosial memang baik hati dan suka menolong tularkan berita yang bersifat kemasyarakatan atau sesuatu yang perlukan kepada pertolongan.

Sebab itu jika ada kes kecurian kenderaan, jika ada maklumat yang perlu disebarkan untuk mengesan kenderaan dicuri itu, maka bertebaranlah cerita itu di seluruh segenap ruang media sosial.

Jika ada orang susah memerlukan pertolongan, maka tularlah cerita itu menerjah ke seluruh gajet yang mahal mahupun murah.

Kalau ada berita kemalangan yang mana warisnya tidak dapat dikesan, maka tidak lama kemudian warisnya akan diketahui dan bertindak sewajarnya.

Semua itu memang positif. Tetapi dalam keinginan melakukan kebaikan, kita kena pastikan cerita itu sahih atau adakah masih perlu ditularkan.

Ada berita sama diulang-ulang oleh orang lain dalam group yang sama. Mereka hanya ingin sebarkan berita, tanpa memeriksa adakah berita itu telah ditularkan dalam gorup yang berkenaan.

Bahkan, dalam kes cari waris kepada mangsa kemalangan maut contohnya, waris sebenarnya sudah mengetahuinya dan jenazah sudah dikebumikan, tetapi berita mencari waris masih ditularkan.

Malah, berita mengenai jenazah telah dikebumikan pun telah ditularkan di dalam group berkenaan, tetapi masih ada lagi ahli group yang menularkan berita untuk mencari waris. 

Berita yang terus ditularkan itu menyebabkan waris terpaksa pula merayu agar berita itu tidak terus ditularkan. Sudah jadi dua kerja pula. Satu pihak menularkan cerita cari waris dan satu lagi menular rayuan agar cerita cari waris itu tidak ditularkan. 

Inilah sikap tidak periksa atau pastikan dahulu sama ada berita perlu turus ditularkan atau dihentikan kerana kes yang berkaitan telah selesai.

Itu dalam kes yang benar-benar berlaku. Bagaimana pula jika berita palsu? Pun begitulah. Tidak paka dan tidak periksa kebenaran punca berita palsu tular.

Orang mencipta berita palsu yakin berita itu akan disebarkan menjadi tular kerana tahu sikap orang Malaysia yang terlalu baik hati dan suka tolong orang untuk tular cerita tanpa semak dan mengetahui kedudukan sebenar. 

No comments:

Post a Comment